Pages

Thursday, November 17, 2011

anak malaysia

gejala sosial masa kini.


buli dan boleh juga dilabel sebagai kaki pukul


penagihan dadah


pembuangan bayi


ragut!


perokok dalam kalangan pelajar perempuan

Pada suatu ketika dahulu saya melihat sebagai gejala sosial dalam kalangan remaja kita pada ketika itu masih boleh dibendung. Namun jangkaan saya ternyata meleset menyimpang terlalu jauh kerana lihat sahaja gambar-gambar diatas. Masalah salah laku pelajar semakin tinggi selaras dengan jenayah yang dilakukan oleh juana. statistik kes pembuangan bayi yang Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Indek menunjukkan kes pada 2005 ialah 396 kes dan angka kes ini meningkat pada 2011 kerana indeks pada Januari 2011 sahaja menunjukkan angka 34 kes. Keadaan dilihat semakin meruncing. (bukan jari yang runcing ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian) Melalui kajian, sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi adalah mereka yang berusia 18 sehingga 25 tahun. Antara lain-lain gejala sosial ialah seks bebas, ponteng sekolah, buli, merokok, merogol, mencuri, terlibat dengan lumba haram dan pelbagai lagi.

Sebab-sebab berlakunya gejala sosial??
a) faktor yang datang dari keluarga
  • keluarga sangat memainkan peranan penting dalam membentuk nilai sahsiah dalam diri pelajar. Input yang mereka peroleh di rumah akan menjadi akar yang membentuk jati diri mereka. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya amat bersesuaian dengan isu yang sedang kita perkatakan.  Omputeh kata "like father like son" kehkeh. Sekiranya seorang remaja berasal dari keluarga yang mempunyai latar belakang seperti bapa seorang kaki pukul atau mak seorang kak yong ( (bini-bini ku gengsters!hahaha) maka anak juga akan jadi pembuli, penyakat, pemerat wang, dan mungkin juga kaki pukul. Tiada yang mustahil!
  • Anak-anak yang terabai dan kurang mendapat kasih sayang amat lah mudah untuk terjerumus dalam kancah gejala sosial.
b) faktor yang datang dari persekitaran sekolah
  • Faktor ini mungkin juga menjadi antara faktor utama dalam gejala ini. Peraturan sekolah, tekanan dari guru dan juga rakan-rakan turut menyebabkan timbul tekanan dalam dri pelajar sehingga mereka rasa memberontak. Mereka mengekspretasikan rasa tersebut melalui kelakuan yang negetif seperti bergaduh, buli, memukul rakan-rakan dan lain-lain kelakuan luar jangka.
c) faktor rakan sebaya
  • pada usia yang sangat muda dan terlalu mudah terpengaruh rakan sebaya sangat memainkan peranan penting dalam mencorak personaliti individu. Dalam erti kata lain  kalau berkawan dengan orang pandai akan membuatkan individu tersebut juga termotivasi untuk menjadi pandai. Kebiasaanya pelajar yang mempunyai masalah di rumah akan menjadi tempat mereka untuk meluahkan perasaan. Oleh itu, ibubapa memainkan peranan penting dalam mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan bagi mengelakkan berlaku gejala sosial.
d) faktor media massa dan internet
  • segala info di hujung jari.mudah! namun membawa kesan negatif yang memberi impak kepada pembangunan negara di mana ia merosakkan generasi kita yang bakal memimpin pada masa hadapan. Internet antara saluran mudah untuk mendapatkan apa sahaja info tanpa had. Bahan seperti video lucah, seram, ganas, melalaikan amat mudah untuk ditonton oleh remaja. Selain itu, internet boleh menjerumuskan remaja kepada penipuan dan terperangkap untuk dijadikan mangsa seperti rogol.
e) kekurangan penerapan nilai agama
  • nilai agama menjadi benteng pertahanan untuk remaja untuk melawan anasir yang mendorong kepada perlakuan gejala sosial. kekurangan ilmu agama menjadi punca kepada gejala ini.

Terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah antaranya pengukuhan dan kesedaran perlu ada dalam diri individu mengenai kesan buruk gejala sosial. Sokongan ibubapa, rakan-rakan dan guru serta masyarakat amat diperlukan agar pelajar atau aset negara ini dapat dipelihara dari kerosakan yang akan memberi kesan yang panjang serta  memusnahkan masa depa mereka.

papantanda macam ni perlu ada sebab ini salah satu cara
nak menyedarkan si pembuang bayi tegar kat malaysia!










No comments:

Post a Comment