Pages

Tuesday, November 22, 2011

wanita hari ini

Kini semakin ramai wanita yang mendominasikan sektor profesional seiring dengan kemajuan daya saing mereka. Wanita merupakan sebahagian besar daripada populasi masyarakat Malaysia. Sumbangan besar kaum wanita kepada pembangunan negara sememangnya telah lama diiktiraf. Sebagai isteri, ibu dan anak, mereka merupakan tunggak utama dalam membentuk generasi Malaysia yang penyayang dan progresif di masa hadapan. Mengikut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2004, 49% (12,557,700 orang) daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia terdiri daripada golongan wanita dan kira-kira 48% daripada jumlah penduduk wanita merupakan tenaga buruh (Malaysia, 2005). Peningkatan dalam penyertaan wanita sebagai tenaga buruh menunjukkan bahawa penglibatan wanita dalam aktiviti pembangunan negara
semakin menyerlah dan kian positif. Ini dibantu oleh pembangunan negara yang banyak membuka peluang dan ruang bagi wanita mempertingkatkan pencapaian mereka dalam pelbagai bidang dan aktiviti di samping membuka dan menyahut cabaran yang lebih besar untuk terus berperanan dan berjaya selaras dengan proses perindustrian dan pemodenan negara menujuabad ke 21 (Moha,1997). 

Tambahan pula setiausaha agung CUEPACS, Ahmad Syah Mohd Zain telah membuat kenyataan baru-baru ini dimana beliau meluahkan kebimbangan berrikutan penguasaan penjawat wanita dalam sektor awam sekarang semakin meningkat jumlah statistiknya. Pada hari ini, nama-nama seperti Tan Sri Dr Zeti Akhtar, Datuk Dr Mazlan Othman, Dato’ Dr Mashitah Ibrahim dan lain-lain merupakan nama-nama yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia. Mereka ini telah mempamerkan kebolehan, keupayaan dan kemampuan  dalam bidang masing-masing bagi menunjukkan bahawa kedudukan dan kemampuan wanita pada hari ini telah setanding dengan kaum lelaki. Wanita sudah berupaya meletakkan diri di barisan hadapan sebagai peneraju dalam pelbagai bidang kepakaran seperti perubatan, perniagaan, perundangan, politik dan sebagainya. Selain itu, dalam bidang pendidikan turut memperlihatkan dominasi pelajar perempuan dengan nisbah 70 untuk perempuan dan hanya 30 untuk lelaki di institusi pengajian tinggi awam di malaysia.

Namun begitu, wanita yang bekerjaya sebenarnya terpaksa menampung beban yang sangat berat. Hal ini kerana, wanita-wanita ini bukan sahaja menjadi individu penting di tempat kerja tetapi mereka juga memainkan peranan besar di rumah sebagai ibu dan isteri yang mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan suami dan anak-anak. Terdapat banyak kes di mana wanita-wanita yang berkerjaya ini terpaksa meninggalkan alam pekerjaan demi memenuhi tuntutan sebagai ibu dan isteri. Hal ini kerana, mereka merasakan bahawa mereka tidak lagi mampu untuk menguruskan banyak perkara di dalam satu masa. 
Wanita yang bekerjaya seharusnya bijak dalam mengurus masa dalam usaha memenuhi tuntutan tanggungjawab yang harus digalas oleh diri dalam menguruskan keluarga dan tugas di tempat kerja.

Wanita hari ini kian bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran pekerjaan kepimpinan dan sebagainya. Keadaan wanita boleh dibanggakan berbanding lebih lima puluh tahun dahulu. Ini mungkin juga menjadi pemangkin kepada semangat wanita untuk menjadi lebih berani bersuara apabila merasakan diri ditindas. Sebagai contoh semakin ramai wanita yang bergelar ibu tunggal mampu berdikari di atas tapak kaki sendiri walaupun pernah melalui episod duka seperti penceraian, menjadi mangsa penderaan suam dan lain-lain lagi. Kita harus membetulkan tanggapan masyarakat hari ini yang meletakkan wanita sebagai pihak kedua dalam pembangunan. Ini adalah kerana tuntutan untuk memperkemaskan generasi dan ummah yang akan datang tidak lagi hanya dibebani pada bahu lelaki tetapi sebaliknya memerlukan sokongan dan dokongan wanita. Apabila kita mengatakan wanita itu amat penting dalam masyarakat dan negara ia boleh ditafsirkan sebagai melengkapi antara satu sama lain.


THE IRON LADY - saya meminati beliau :)

Thursday, November 17, 2011

anak malaysia

gejala sosial masa kini.


buli dan boleh juga dilabel sebagai kaki pukul


penagihan dadah


pembuangan bayi


ragut!


perokok dalam kalangan pelajar perempuan

Pada suatu ketika dahulu saya melihat sebagai gejala sosial dalam kalangan remaja kita pada ketika itu masih boleh dibendung. Namun jangkaan saya ternyata meleset menyimpang terlalu jauh kerana lihat sahaja gambar-gambar diatas. Masalah salah laku pelajar semakin tinggi selaras dengan jenayah yang dilakukan oleh juana. statistik kes pembuangan bayi yang Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Indek menunjukkan kes pada 2005 ialah 396 kes dan angka kes ini meningkat pada 2011 kerana indeks pada Januari 2011 sahaja menunjukkan angka 34 kes. Keadaan dilihat semakin meruncing. (bukan jari yang runcing ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian) Melalui kajian, sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi adalah mereka yang berusia 18 sehingga 25 tahun. Antara lain-lain gejala sosial ialah seks bebas, ponteng sekolah, buli, merokok, merogol, mencuri, terlibat dengan lumba haram dan pelbagai lagi.

Sebab-sebab berlakunya gejala sosial??
a) faktor yang datang dari keluarga
  • keluarga sangat memainkan peranan penting dalam membentuk nilai sahsiah dalam diri pelajar. Input yang mereka peroleh di rumah akan menjadi akar yang membentuk jati diri mereka. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya amat bersesuaian dengan isu yang sedang kita perkatakan.  Omputeh kata "like father like son" kehkeh. Sekiranya seorang remaja berasal dari keluarga yang mempunyai latar belakang seperti bapa seorang kaki pukul atau mak seorang kak yong ( (bini-bini ku gengsters!hahaha) maka anak juga akan jadi pembuli, penyakat, pemerat wang, dan mungkin juga kaki pukul. Tiada yang mustahil!
  • Anak-anak yang terabai dan kurang mendapat kasih sayang amat lah mudah untuk terjerumus dalam kancah gejala sosial.
b) faktor yang datang dari persekitaran sekolah
  • Faktor ini mungkin juga menjadi antara faktor utama dalam gejala ini. Peraturan sekolah, tekanan dari guru dan juga rakan-rakan turut menyebabkan timbul tekanan dalam dri pelajar sehingga mereka rasa memberontak. Mereka mengekspretasikan rasa tersebut melalui kelakuan yang negetif seperti bergaduh, buli, memukul rakan-rakan dan lain-lain kelakuan luar jangka.
c) faktor rakan sebaya
  • pada usia yang sangat muda dan terlalu mudah terpengaruh rakan sebaya sangat memainkan peranan penting dalam mencorak personaliti individu. Dalam erti kata lain  kalau berkawan dengan orang pandai akan membuatkan individu tersebut juga termotivasi untuk menjadi pandai. Kebiasaanya pelajar yang mempunyai masalah di rumah akan menjadi tempat mereka untuk meluahkan perasaan. Oleh itu, ibubapa memainkan peranan penting dalam mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan bagi mengelakkan berlaku gejala sosial.
d) faktor media massa dan internet
  • segala info di hujung jari.mudah! namun membawa kesan negatif yang memberi impak kepada pembangunan negara di mana ia merosakkan generasi kita yang bakal memimpin pada masa hadapan. Internet antara saluran mudah untuk mendapatkan apa sahaja info tanpa had. Bahan seperti video lucah, seram, ganas, melalaikan amat mudah untuk ditonton oleh remaja. Selain itu, internet boleh menjerumuskan remaja kepada penipuan dan terperangkap untuk dijadikan mangsa seperti rogol.
e) kekurangan penerapan nilai agama
  • nilai agama menjadi benteng pertahanan untuk remaja untuk melawan anasir yang mendorong kepada perlakuan gejala sosial. kekurangan ilmu agama menjadi punca kepada gejala ini.

Terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah antaranya pengukuhan dan kesedaran perlu ada dalam diri individu mengenai kesan buruk gejala sosial. Sokongan ibubapa, rakan-rakan dan guru serta masyarakat amat diperlukan agar pelajar atau aset negara ini dapat dipelihara dari kerosakan yang akan memberi kesan yang panjang serta  memusnahkan masa depa mereka.

papantanda macam ni perlu ada sebab ini salah satu cara
nak menyedarkan si pembuang bayi tegar kat malaysia!










Wednesday, October 19, 2011

5 tahun akan datang

5 tahun yang akan datang merupakan jangka masa yang agak lama di mana 5 tahun bersamaan dengan 1825 hari (365 x 5) 43800 jam (24x365=8670 x 5). ok cukup! minit dan saat aku tanak kira boleh pening tambah mabuk nanti. 5 tahun akan datang bersamaan dengan 2016....pada masa itu mungkin aku sudah ada kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Dan Diplomatik a.k.a PTD. apa itu PTD? Ramai bertanya apa tugas PTD. Tugas PTD sebenarnya pelbagai. Secara mudahnya tugas PTD bergantung kepada di mana beliau ditempatkan. Jika di unit kewangan sesebuah jabatan atau kementerian, maka beliau akan mengendalikan urusan kewangan jabatan tersebut. Contohnya pembayaran gaji, pembelian aset jabatan, pembayaran projek dan sebagainya. Begitu juga jika ditempatkan di unit perkhidmatan. Beliau akan mengendalikan urusan pengesahan perkhidmatan, pertukaran lantikan, pemberian taraf berpencen dan sebagainya. Lazimnya akan ada pembantu-pembantu tadbir yang akan membantu. Selepas itu PTD akan membuat semakan dan persetujuan. Bagi PTD yang bertugas di unit antarabangsa atau di Kementerian Luar Negeri, maka mereka akan banyak berurusan dengan pelbagai negara dalam hal-hal seperti program menteri, konvensyen, seminar antarabangsa, lawatan dan macam-macam lagi. Pendek kata, rencam. Sungguhpun begitu, dengan semua perkara ini, maka banyaklah pengalaman dan pengetahuan yang mereka perolehi seperti pengurusan manusia, pengurusan kewangan, pengurusan masa dan daya kepimpinan secara praktikal. Korang boleh lihat PTD di pejabat daerah, hospital, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, jabatan-jabatan persekutuan, kementerian-kementerian, kedutaan-kedutaan dan sebagainya. Namun korang mungkin sukar mengenali mereka melalui nama jawatan. Ini kerana gelaran jawatan mereka di setiap tempat itu tidak semestinya bergelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Mereka mungkin bergelar Penolong Pegawai Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Daerah, Penolong Setiausaha, Penolong Pengarah, Ketua Penolong Pengarah, Setiausaha Bahagian, Setiausaha Pertama, Setiausaha Kedua, Timbalan Pengarah, Ketua Pengarah, Pengarah atau Ketua Setiausaha. Aku nak jadi penolong pengarah! 5 tahun lagi mungkin aku pandu kereta seperti di bawah 



kalau dapat 1 daripada 3  yang kat atas pun aku dah cukup bahagia :)


dan 5 tahun akan datang juga mungkin aku akan jadi seperti mereka yang tersenarai di bawah ni sebab masa itu aku bukan sahaja ada kerjaya hebat duit pun berkepuk (setakat nak beli barang berjenama aku pejam mata je! hahaha)

hanatajima!

farah adeeba

yes nak jadi macam kate!!! pang!!!ok2 aku mmg berangan

eh sepatutnya gambar dato maznah hamid ke?? apa ni !



perkara yang paling penting dan yang paling utama untuk semua peminat-peminat aku tahu 5 tahun lagi pasti aku bukan bujang macam sekarang.....kehkeh




Wednesday, October 12, 2011

politik

Sebelum mendefinisikan apa itu ilmu politik, kita perlu mengetahui lebih dulu apa itu politik. Secara umum, politik berasal dari bahasa Yunani ”polis” yang bererti kota yang berstatus negara. Secara umum istilah politik dapat diertikan sebagai  proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain. Menurut Miriam Budiardjo dalam buku ”Dasar-dasar Ilmu Politik”, ilmu politik adalah ilmu yang mempelajari tentang perpolitikan. Politik diartikan sebagai usaha-usaha untuk mencapai kehidupan yang baik. Orang Yunani seperti Plato dan Aristoteles menyebutnya sebagai en dam onia atau the good life(kehidupan yang baik).Menurut Goodin dalam buku “A New Handbook of Political Science”, politik dapat diartikan sebagai penggunaan kekuasaan social secara paksa. Jadi, ilmu politik dapat diartikan sebagai sifat dan sumber paksaan itu serta cara menggunakan kekuasaan social dengan paksaan tersebut


Bagaimana dengan sisitem politik di Malaysia? Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Malaysia mengamalkan sistem politik berbilang parti sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, berasaskan konsep "siapa cepat dia dapat" (first-past-the-post). Parti politik utama Malaysia,Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah memegang kuasa bersama parti - parti yang lain sejak kemerdekaan Malaya pada 1957. Pada 1973, perikatan parti yang berasaskan kepada kaum telah digantikan dengan perikatan yang lebih besar iaitu Barisan Nasional yang mempunyai 14 parti. Hari ini perikatan Barisan Nasional mempunyai tiga komponen penting - UMNO, MCA (Persatuan Cina Malaysia) and MIC (Kongres India Malaysia). Perdana Menteri Malaysia adalah ahli daripada parti Melayu (UMNO) di dalam perikatan Barisan National. Barisan Nasional telahmendapat tempat di hati rakyat dalam tempoh masa yang lama namun begitu pada PRU12 telah memperlihatkan satu peristiwa di mana BN kehilangan mandat kepercayaan daripada rakyat dengan kekalahan parti itu di 3 buah negeriyang ditakbir sekian lama. Politik merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh dijangka. Hal ini kerana pada pendapat saya apa sahaja mungkin terjadi di dalam bidang politik. 




nota kaki: aku selalu terlupa untuk sedarkan diri yang aku kena daftar pemilih. oh dah cukup umur rupanya :)

Sunday, September 25, 2011

REaLize
 credit 2 ayue!

kali pertama di uum

hai korang
(haa memeng aku bajet ada yang baca blog aku! dangggg!)
lama tak update blog 
sampai sudah bersawang-sawang jadinya....
fuh fuh fuuuuhhhhhhh
(selit jap adegan mengemas dan membersih ni)
kehkeh


entry kali ni bukan suka-suka aku nak buat tau
ini tugasan untuk  subjek BM PENULISAN aku....
pensyarah mintak student dia buat entry pasal 1st fime masuk uum ni
kira aku kene imbas kenangan lama la ni..... 
(rasa malas dan yang paling penting aku rasa haus la macam na minum air rebina! haaa kelas kau jah na minum air rebina pagi2...hahahaaha)



ok  byk sgt membebel  pon tak guna
mari kita mula sebelum mukadimah aku semakin melalut.....
ch0p2 mentang2 entry untuk BM PENULISAN 
gaya bahasa pon tak boleh blah
hihi

kali pertama masuk u???
alah sama je macam perasaaan masa mula-mula masuk kindergarden
sumpah u oll i tipu
hahaha
masa 1st masuk tu gugup gagap gigil gigih semua ada
semua bercampur
takut sebab orang kata semakin tinggi tahap pelajaran kita semakin susah nak lalui
(nur habibah 2011)
masa pendaftaran tu memang sesak
tak kenal siapa2
cuma aku nampak family aku tgk aku dari jauh je...
yela masa pendaftaran semua aku buat sendiri
terkontang kanting buat semua benda
rasa termotibasi  eh termotivasi lah untuk jadi lebih berdikari
hehe

semua siap lebih kurang dalam tengahari
dan detik yang paling aku
tak boleh lupa ialah masa mak abah adik na balik johor
makin jauh diorang pergi makin galak aku menangis
seorang diri kat belakang kafe
yes aku rasa tu tempat paling sesuai na berdrama air mata
sebab xde yang nampak
HAHA
jauh che oi kedah ngan johor
nak balik jauh
dan 
yang paling penting
aku
tak pernah pergi jauh
dari keluarga
(murid2 faham??? ok xde kaitan dengan topik)


aku menangis lagi teruk dari ni kalau u oll nak bayang kan..hehe
gigih aku tahan air mata dan hati
tapi akhirnya
aku meraung lagik
hahaha


tia, aku, farah, shida

budak 3 orang ni la yang jadi kawan2 pertama aku masa kat universiti
kitorang masih berkawan sampai sekarang 
dari sem 1 sampai sem 5
ALHAMDULILAH

aku dengan farah ni rum8 dari sem 2  sampai sekarang


kehidupan di universiti sangat seronok kalau kita 
tau menghargai detik2 yang mendatang
(cewah !!)


p/s : harapan setinggi gunung agar lecturer bagi aku "A+" tuk subjek ni :)

Thursday, July 21, 2011

COLBIE CAILLAT

 I DO

It's always been about me, myself, and I
I thought relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy saying I had love that wouldn't last
That was the only way I knew 'til I met you

You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do do
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do do
Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh what did I get myself into?
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do

Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust I've never felt it like I feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through

So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do do
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do do
Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
What more can I get myself into?
You make we wanna say

Me, a family, a house, a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm eighty years old I'm sitting next to you

And we'll remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do do
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do do
Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let us go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you

Sunday, May 22, 2011

mari membina masjid

baru je lepas tgk gmbr wedding akmal....
haiihhh apasal aku plak y berdebar nii.
tgn sejuk semacam
bila kirakira eh x lama lagi aku plak
seriously aku takut....
terlalu byk ketakutan...

  1. takut x dapat mak andam yang sesuai
  2. takut na jd bini orang
  3. takut x cukup ilmu rumah tangga
  4. takut x dpt jd bini yang solehah (hehehe)
  5. takut majlis x berjalan lancar
  6. yang aku paling takut masa malam pas majlis (sengih dengan muka gatai sket..HAHA) kedebuk! jatuh kati
  7. eh nak guna tema pe colour pe..
  8. duit lagi...da lah aku x kerja..mana nak kaut duit na buat majlis ala ala prince william and kate *pengsan
  9. perbelanjaan kawen aku x kira lagi
  10.  door gift na bagi pe...
  11. kad kawen rekaan macam mana..
  12.  macam na nmpak cantik dan slim ms majlis
  13. eh terlupa plak aku x pg kursus kawen lagi...haih macam mana boleh cerita sal malam pas majlis ni.. HEY SERIOUS AKU X SENGAJA LAH....hahaaa dang!


byk lagi y tak masuk list...
sat lau aku bubuh semua da mcm karangan bm SPM..
btw aku tgh d0k buat persiapan tuk majlis aku 2012 nanti.....taun depan jep....x lama dah...woootttt wooottt
sapa jangka jodoh aku secepat ni....
hidup mati jodoh rezeki semua dr Allah

nanti i peluk suami i lagi ketat dr ni.... pang! yes aku mmg mintak pelempang sedas dua



2012 aku tunggu kau dgn sabar :D

semoga Allah permudahkan segalanya.....

p/s : terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku ngan jodoh sebaik dia...

geram

haihh pagipagi da bikin wa pananssss
hey bila aku nmpak kau aku rasa marah ta0...
myampah sangat......kenapa suka menempel kat aku...
kau tu kot0r....faham x kotor......aku geli.....
bukan je geli, kau bg aku penderitaan fizikal dan emosi...
tolong lah jgn dekat dengan aku lagi.....
lagi jauh lagi bagus....eh bukanbukan  x de lagi baik.....
kadangkaang aku rasa kau susah nak faham bahasa melayu....
mengapakah.....???
nak s0und dalam bahasa jepun aku ngak bisa dong~~~
aku baru je belajar, tahap pertama je pon....setakat na sebut TAKASHIMA, PANASONIC, YAMAHA wa xde hal lah....
lamalama aku boleh hilang sabar ta0
setahun yang lepas cukupcukup lah buat aku menderita
ape lagi yang kau nak......
jgn sampai aku bagi kau PELEMPANG sedas dua.....
masa tu aku da x guna diplomasi atau sebarang rundingan damai....
terbakar rumah nampak asap...
terbakar hati siapa yang tahu..... 
(wah siap berpantun bagai)
tiada maaf bg mu....




CIK JERAWAT!



 p/s : apalah yang kau da makan sampai susah sgt nak study ni....semua mantol balik....cissss

Thursday, May 5, 2011



boleh ke aku buat??
mampu ke aku hadapi??


Doa : semoga Allah  permudahkan segalanya  

Sunday, May 1, 2011

kepulangan yang dinanti


title da mcm tajuk lagu hari raya~~


sy rindu awak tau
maka
sila kuar dr hutan tu dgn kadar segera en tunang!
dua hari bukan kejap!
2 hari = 48 jam
lama lah!
" a day w/o u like a years w/o rain"
*pitam :D

tolong lah
tolong lah
rindu ni makin tebal
tolong sy untuk tipiskan rindu ni!



Saturday, April 30, 2011

saja mengarut

 hai readers rindu korang( bajet ramai lah y nak bc blog kau eeeeuuuuu)
 
 
 entry kali ni menyentuh perasaan sket
sebelum tuuu entry ni xde kaitan antara hidup ngan y mati atau spe2 y bakal terasa....
 
HAHAHA
weh perasan x~~~
putaran 
lumrah bercinta
meh aku na tunjuk....
 
ms blom de gf/bf masing2 dok bubuh camni kat laman sosial
 
 
then status pon ayat sadis
"bila lah i nak de bf/gf"
"agak2 bila lah i na jumpa tulang rusuk i"
 status relationship pon dinamik pelbagai
"jap janda lah, duda lah, single lah"
hey kau ingat org suka lah tgk status kau kejap jd janda. kejap jd mak orang, bapak orang tuu keluar kat home..
menyemak tau!

 bila da de y berkenan kat hati lain plak
mula letak picture y nak bgtaw sume orang y kau in love kan...
shit!!
 

 
hah ni ms x dpt lagi....
dalam erti kata lain dalam proses nak mgayat!
status plak
"hari ni jumpa dia, alamak da lah x mandi td pagi, lalu sebelah plak tuuu.."
"suka lesung batu dia. manisssss"
"eh hari ni dia pakai selipar jamban kaler pink laaaa...comelnye"
macam2 lah....
(aku pon meluat tp dulu aku pon pnah buat.hahaa)
 
ni plak mmg the most hot pic ms couple... letak sbg pro pic...
senang ta yah berkabo kat metro pon org taw y kau 
da de pakwe/ makwe
dlm erti kata lain kau ni hot lah jugak!
de yang nak..
eh plissss lah 
status pulak amboi bukan kemain lagi
"baby jom jumpa rindu lah, rindu na suap2 mcm hari tuuu"
nak tunjuk lah kat semua orang y korang LOVING COUPLE!
hek elek..

yang atas ni kira bgus
 
mslh plak de  y ter"over" letak gambar cam sial daring
terjah!

cam haram j lah!! 
  haaa letak lah gambar y bukan2 means 18sx korang tuuu
tok tatapan umum
bg lah semua orang tgk
sy0k ler kan
rasa lah y korang glamour! *pitam

bila putus plak
time ni y best(gelak setan sket  hahahaha)
 

 
time ni lah fb jd tempat luahan perasaan
hahahaha
"setaun bersama namun akhirnya tiada jodoh antara kita"
"sy syg awak lagi' awak tlg lah faham"
"sy akan ingat awak pai bila2"
"nape lah asyik nak stalker dia je"
shit!!
time ni nak blaja xde mood
dok bilik 24 jam
hp kat tangan
na g bilk air pon hp ikat kat telinga
(yela kan jatuh kat lubang jamban haru lagi jd nya)
kawan2 ajak kuar pon dah xnak
 
alah tp situasi camni jap je..
bila dapat y bru putaran kisah kat atas mula lah balik
pastu status kat fb
"PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI"

HAHAHA

p/s= lagi skali na ingat kat entry ni teda kaitan ngan spe2 yaww...HAHA 
.

Monday, April 25, 2011

peNGAKUan.....













alhamdulillah....
terima kasih pada yang terlibat...
09/01/2011 

p/s = people...im not single.....sekian....  :D


Wednesday, April 20, 2011

riuh sekampung.....

(klik atas tuk menyebok)


rilek lah der
tiap taun bpe byk pulak y korang dah jana??
HAHAHA
no wonder lah student fees makin lama makin naik!
ggrrrrrrrr
TERIMA KASIH LAH 
K0SMO YE BG
INF0! 


sekadar gambar hiasan
dan
cuma nak bgtau gurl yang pakai baju pink tu aku!
xde motif lain yaww
HAHAHA

 

Wednesday, April 13, 2011

Monday, April 11, 2011

hEllo bLacK N wHite!

                                       







                                                                                                                    





                                                                   
                            
                          
*terbaeekkk dr ladang yaww*
   X0X0



p/s= I'm so blessed to have an amazing fiance and a best friend like u syg...ily!

Friday, April 8, 2011

soRroW


5 years ag0....
luv
happiness
fight 
happy
 
I don't regret the past but I am regret for wasting time with the wrong person
;(
Diantara kalian

Ku akui ku sangat-sangat menginginkan mu,
tapi kini ku sadar ku diantara kalian.


Aku, tak mengerti,
ini semua harus, terjadi.

Ku akui ku sangat-sangat mengharapkan mu,
tapi ku kini sadar ku tak akan bisa.


Lupakan aku, kembali padanya,
aku bukan siapa-siapa, untuk mu.
Ku cintai mu, tak berarti bahwa,
ku harus memiliki mu s’lamanya.

A a, a a.
Ku akui ku sangat-sangat menginginkan mu,
tapi kini ku sadar ku diantara kalian.




Oo aku, tak mengerti,
ini semua harus, terjadi.



A a, a a.
A a, a a.


 touched! ;(

Wednesday, April 6, 2011

kebahagiaan!

ENTRY NI UNTUK "MEREKA"


aku bahagia....
sbb??
sbb aku de 4 sekawan terbaeeekkk dr ladang ni.....  
nak tgk artis2 ni??
ok aku upload!




sekadar gambar hiasan!
eh bukan2..haaa ni laaa "mereka"
dr kiri kak temah,kak wan zhulian, gayah murai, aku dan kiah ronggeng!

perut aku terburai sbb ketawa,
mulut aku x reti diam, 
air liur smpai kering yaww!
sume sbb budak2 tuu lah....
taik lalat kat bibir aku mkin byk pon sbb dorang!
actually the true story......aku mmg dilahirkan tanpa banyak taik lalat oke!
HAHAHA
aku ilang s0rang kawan tp Allah maha adil, hilang satu Dia bagi lagi satu...
lagi baik dr y sebelumnya
ALHAMDULILLAH
begitu jugak cinta hati.....
ilang satu Dia bagi lagi 1...
ALHAMDULILLAH..........




p/s= pesal aku cam gemok dlm gmbar! bukan gemok lah bip syg....cuma salah camera(monolog)



 
 
 
 









Saturday, April 2, 2011

SURAT PUTUS CINTA

aku bc benda ni kat fb td...sumpah aku ketawa ....rum8 aku pon skali ketawa...hahaha 


Dear All,
This one is very ... .the very... .
Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur.
Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru.
Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya. Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.
Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah, yg berjaya "dicuri" ...

Mike... .
I WANT TO CUT CONNECTION US.
I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.
You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.
My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.
So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.
So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.
I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.
Safe walk.. Tijah


tijah kau nges mcm ni ke???=p



p/s=tijah bukan nama sebenar oke..HAHAHA

kali ni betul2 sakit.....

bila time x sihat ni mcm2 y aku nak mkn....
ngengade!
condition bdn lemah...
buat aku x larat na pgi ko-k (ai ni menembak guna m16 oii.bessst!)
nmpaknye taun ni org lain lah y menang sbb....
jeng...
jeng.....
jeng.......






PEMENANG SEBENAR NGAH SAKIT KAT BILIK!  
aku lah orgnye
aku bg peluang kat org lain lah! (perasan gila kau ni)


HAHAHAHAHAHA






p/s= hati masih terasa ngan peristiwa smlm.....

Friday, April 1, 2011

menembak atau ditembak???

aku marah! sbb tu guna font kaler merah nii.....
kau menembak ta kene tp kau y kne tembak ngan orang(aku lah spe lagi)....
oh jahat kau kata aku curi helmet kau......
pempuan celaka kau mesti malu kan???
tuduh aku segala bagai.....
dtg bw geng  do re mi....hahahaaha
at the end of the st0ry kau ternyata da silap...
ni lah org lain y buat aku y kne....
makcik helmet tuu aku guna da setaun camner kau boleh kata tuu helmet kau....
dah tuu kau 'siasat" aku kat depan kawan2 aku......
silap orng lah! 
camner awak serang saya dpn orng bole x awk mintak maaf kat depan org jugk(saja berbasa basi)
hahahahahaa
eh aku ketawa bukan sebb suka(kau da gila lah)
aku marah comel x camni.. =P

p/s= pesanan buat kekasih.....syg opis kamu segak ngan warna merah ala2 tokong cina(hahaha)

Thursday, March 31, 2011

sakit....


aku rindu mak

aku rindu abah

suma aku rindu

rindu cam nak mati

p/s = awak.....t0long terbang datang sini......