5 tahun yang akan datang merupakan jangka masa yang agak lama di mana 5 tahun bersamaan dengan 1825 hari (365 x 5) 43800 jam (24x365=8670 x 5). ok cukup! minit dan saat aku tanak kira boleh pening tambah mabuk nanti. 5 tahun akan datang bersamaan dengan 2016....pada masa itu mungkin aku sudah ada kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Dan Diplomatik a.k.a PTD. apa itu PTD? Ramai bertanya apa tugas PTD. Tugas PTD sebenarnya pelbagai. Secara mudahnya tugas PTD bergantung kepada di mana beliau ditempatkan. Jika di unit kewangan sesebuah jabatan atau kementerian, maka beliau akan mengendalikan urusan kewangan jabatan tersebut. Contohnya pembayaran gaji, pembelian aset jabatan, pembayaran projek dan sebagainya. Begitu juga jika ditempatkan di unit perkhidmatan. Beliau akan mengendalikan urusan pengesahan perkhidmatan, pertukaran lantikan, pemberian taraf berpencen dan sebagainya. Lazimnya akan ada pembantu-pembantu tadbir yang akan membantu. Selepas itu PTD akan membuat semakan dan persetujuan. Bagi PTD yang bertugas di unit antarabangsa atau di Kementerian Luar Negeri, maka mereka akan banyak berurusan dengan pelbagai negara dalam hal-hal seperti program menteri, konvensyen, seminar antarabangsa, lawatan dan macam-macam lagi. Pendek kata, rencam. Sungguhpun begitu, dengan semua perkara ini, maka banyaklah pengalaman dan pengetahuan yang mereka perolehi seperti pengurusan manusia, pengurusan kewangan, pengurusan masa dan daya kepimpinan secara praktikal. Korang boleh lihat PTD di pejabat daerah, hospital, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, jabatan-jabatan persekutuan, kementerian-kementerian, kedutaan-kedutaan dan sebagainya. Namun korang mungkin sukar mengenali mereka melalui nama jawatan. Ini kerana gelaran jawatan mereka di setiap tempat itu tidak semestinya bergelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Mereka mungkin bergelar Penolong Pegawai Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Daerah, Penolong Setiausaha, Penolong Pengarah, Ketua Penolong Pengarah, Setiausaha Bahagian, Setiausaha Pertama, Setiausaha Kedua, Timbalan Pengarah, Ketua Pengarah, Pengarah atau Ketua Setiausaha. Aku nak jadi penolong pengarah! 5 tahun lagi mungkin aku pandu kereta seperti di bawah


 |
kalau dapat 1 daripada 3 yang kat atas pun aku dah cukup bahagia :) |
dan 5 tahun akan datang juga mungkin aku akan jadi seperti mereka yang tersenarai di bawah ni sebab masa itu aku bukan sahaja ada kerjaya hebat duit pun berkepuk (setakat nak beli barang berjenama aku pejam mata je! hahaha)
 |
hanatajima! |
 |
farah adeeba |
 |
yes nak jadi macam kate!!! pang!!!ok2 aku mmg berangan |
 |
eh sepatutnya gambar dato maznah hamid ke?? apa ni !
|
perkara yang paling penting dan yang paling utama untuk semua peminat-peminat aku tahu 5 tahun lagi pasti aku bukan bujang macam sekarang.....kehkeh